“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”
(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)
Al Quran adalah satu bacaan yang sangat banyak faedahnya. Bermula daripada setiap huruf yang kita baca dikira sebagai pahala. Untuk saya yang baru celik mengenal Islam, saya mengharap sangat dapat membaca, memahami dan amalkan apa yang terkandung di dalam al-Quran. Kalau kita belum pandai dan lancar membaca al-Quran, kita jangan Risau dan jangan malu, kerana Nabi SAW bersabda,
‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala’. (Hadith Riwayat Muslim)
Begitulah dalam kehidupan kita, kalau kita tak pandai dalam kita kena belajar. Jangan takut jika kita terbuat salah. Melalui kesalahan tersebut kita boleh perbaiki lagi sehingga Berjaya. Tetapi jika kita ingin belajar, tak kiralah mengaji al-Quran atau apa sekali pon. Kita perlu berguru. Apabila kita berguru, guru boleh menegur kita jika kita ada buat kesalahan ketika dalam proses pembelajaran. Jika kita belajar tanpa merujuk kepada guru, dan kita ada buat kesalahan, kita pula tak sedar kita sedang buat kesalahan. Kemungkinan untuk kita berada di keadaan yang salah itu akan berlanjutan lama, kerana tiada siapa yang tegur kesalahan yang telah kita buat.
Saya akui, saya selalu belajar tanpa guru. Jadi apa yang belajar, saya akan ikut kefahaman saya sahaja. Tapi syukur Alhamdulillah, ada insan yang selalu menegur kesalahan yang saya tak tahu. Itulah pentingnya berguru.
Kita lihat hari ini, salah faham terhadap agama, kebanyakannya berasal daripada golongan yang suka membaca tanpa guru, lantas memahami dengan salah dan menyesatkan pula kefahaman orang lain. Lihat sahajalah ajaran-ajaran sesat yang timbul sekarang, kebanyakannya adalah intepratasi dari kitab-kitab yang sahih. Bukankah ini adalah bukti yang cukup jelas betapa syaitan menyesatkan manusia yang membaca dan belajar tanpa berguru?
Saya bercakap melalui pengalaman di awal pengislaman saya, saya sangat gembira Allah terima saya kembali kepada Islam semula. ramai yang gembira dengan berita pengislaman saya. Bermacam-macam orang yang datang kepada saya dan menawarkan diri untuk mengajar tentang Islam. Alhamdulillah..
Tetapi tanpa saya sedari, saya salah seorang kenalan saya ini sedang mengajar saya ajaran sesat yang telah diharamkan di Malaysia. Almaklumlah saya ini masih baru, tak tahu yang mana betul dan yang mana sesat. Saya suka mendengar sirah Nabi-nabi. Ada yang menceritakan kebesaran Nabi, mukjizat Nabi dan sebagainya.
saya pernah diajar selawat dan di hujung selawat tersebut diselit nama guru mereka. Saya tak tahu selawat sebegitu itu salah disisi agama Islam. saya tak pernah salah mereka, kerana mereka sangat baik, prihatin dengan kebajikan saya.
Setahun kemudian kumpulan ini ingin jodohkan saya dengan anak buah mereka kerana saya pernah suarakan ingin mencari jodoh. Tetapi saya menolak gadis yang mereka ingin jodohkan dengan saya. Alhamdulillah selepas pulang dari umrah, saya berjodoh dengan Isteri saya sekarang.
Selepas kami berkahwin, isteri saya menegur cara saya berselawat. Isteri saya kata dalam Islam taka da selawat sebegitu. Perlahan-lahan saya sudah tidak berurusan dengan kumpulan tersebut. Saya sering beri alasan sibuk dengan penggambaran drama & filem. Dan hakikatnya memang tengah sibuk pon ketika itu. Banyak yang isteri saya perbetulkan ibadah saya. Dia siap tunjuk bukti bahawa kumpulan ini sudah diharamkan di Malaysia kerana ajaran sesat.
Oleh kerana itu saya amat risau dengan saudara baru yang telah syahadah. Saya takut mereka yang baru dalam Islam ini tersesat dengan kumpulan yang tidak bertanggungjawab. Sekarang sedang hebat dengan kumpulan wahabi dan syiah.
Saudara baru secara umumnya mereka tak tahu siapa itu wahabi, siapa itu syiah. Yang mereka tahu Islam sahaja. Pemantauan akidah mereka kena selalu dipantau oleh kita masyarakat Islam. 2 tahun pertama amat mudah untuk mereka terpesong akidah atau untuk mereka patah balik ke agama asal jika tidak diberikan tumpuan yang betul.
Dengan ujian mereka di buang keluarga, dengan cemuhan orang islam yang tidak membantu dan masalah kewangan. Itulah pentingnya teman yang baik. Siapa nak jadi teman baik mereka? kitalah.
Kitalah kerana tawarkan diri menjadi teman mereka untk terus berada di landasan yang betul. Semoga Islam terus berada di dalam diri hingga hujung nyawa.
Jangan ada sikap aku, aku.. kau .. kau..
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
insyaAllah hati tenang